Tuesday 4 March 2014

buah yang ada di malaysia

Buah-Buahan Tempatan

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas
dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa.
Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis 
tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan
di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan bermusim
dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk
nenambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah ditanam untuk
keperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan.
Berikut adalah buah-buahan yang biasa ditanam di Malaysia.

industri buah tempatan

Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan social. Buah-buahan tempatan yang paling mudah didapati ialah pisang, betik dan nenas. Buah~buahan ini tidak semestinya disukai ramai tetapi ia adalah terdapat dengan banyak, murah dan boleh diperolehi sepanjang tahun.Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling terkenal dinegara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis, mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.
(b) Buah-buahan yang bermusim
Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.
Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.

jenis buah

Pada masa musim buah - buahan, iaitu di antara bulan Jun dan Ogos, anda dapat melihat pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat, duku,ciku,rambai,nangka,salak, manggis, durian dan cempedak. Anda boleh membeli  daripada pemiliknya atau anda boleh juga memetik dan makan sepuas-puasnya di sana dengan harga murah. Sudah pasti anda tidak boleh mengutip buah durian dari pokok kerana durian yang masak akan gugur sendiri. 

  • rambutan
  • ciku
  • langsat
  • durian
  • manggis
  • pisang
  • longan
  • rambai

kepentingan buah

  • Karbohidrat - Pelbagai buah mengandungi karbohidrat dalam bentuk glukosa dan dekstrosa. Bahan-bahan ini dapat dihadamkan dengan cepat, diserap oleh tubuh dan membekalkan tenaga serta haba dengan segera. Contohnya pisang dan durian.
  • Vitamin - Buah-buahan ialah sumber utama vitamin yang diperlukan oleh tubuh supaya sentiasa sihat dan tahan terhadap serangan penyakit. Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan ialah vitamin A atau karocena, vitamin C, vitamin B, vitamin B2 dan niasin.
  • Mineral - Mineral diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil. Kekurangan mineral boleh mengakibatkan gangguan metabolisme badan. Buah-buahan membekalkan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, fosforus, kalium, sulfur, dan lain-lain. Contoh-Avokado, anggur, kurma, limau lemon, gajus.
  • Pektin dan Selulosa - Buah-buahan ialah sumber yang baik bagi pektin dan selulosa. Bahan-bahan ini peru untuk kesihatan tubuh kerana berfungsi merangsang aktiviti usus dan boleh mengelakkan sembelit dan gangguan penyakit lain
  • Protein, asid amino dan lemak - Protein dan lemak hanya terdapat dalam kuantiti yang kecil dalam buah-buahan segar. Biji gajus, biji kekeras, kurma, anggur kering dan gelinggai banyak mengandungi protein. Asid amino terdapat dalam beberapa spesies buah-buahan. Buah-buahan tidak banyak mengandungi lemak hanya avokado, durian. Biji gajus dan biji kekeras.
  • Asid organik -Buah-buahan juga kaya dengan asid organik yang membantu proses penghadaman dan menambahkan selera makan - Asid sitrik banyak terdapat dalam spesies limau manakala dalam asid tartarik terdapat dalam buah anggur dan asam jawa - Enzim yang menyerupai pepsin yang menghancurkan protein terdapat dalam betik.

senarai buah tempatan

•Belimbing
•Betik
•Cempedak
•Ciku
•Durian
•Langsat, duku dan dokong
•Limau
•Mangga
•Manggis
•Nangka
•Pisang
•Rambutan
•tembikai

BUAH TEMPATAN KITA

jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini.

Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.